#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 August 2012

TRANSFORMASI AADK DIKAGUMI TREATNET-SOUTHEAST ASIA


Kajang, 9 Ogos :  Lanjutan daripada pembentangan program transformasi  perkhidmatan 
rawatan dan pemulihan  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di beberapa forum peringkat 
antarabangsa, seramai  35 orang  delegasi  Projek  GLOJ71/ TREATNET-Southeast Asia yang
mewakili tiga buah negara  iaitu Vietnam, Myanmar dan Kemboja telah berminat untuk 
mengadakan lawatan ke Klinik Cure & Care  1Malaysia Sungai Besi dan Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit. 

Projek yang mendapat pembiayaan pihak UNODC ini bertujuan untuk membangunkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti  (community-based). Lawatan ini turut  disertai  empat orang konsultan luar yang terdiri daripada pakar bidang perubatan / psikiatri, psikologi dan kerja sosial yang terlibat sama dalam membangunkan model rawatan dan pemulihan dalam komuniti di negara terlibat.

Lawatan selama tiga  hari bermula  pada  3 hingga 6 Julai yang lalu  bertujuan untuk  melihat sendiri kejayaan AADK dalam membangunkan dan melaksanakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti di Malaysia.  Selain daripada itu, delegasi juga ingin berkongsi cabaran-cabaran yang AADK hadapi  sepanjang proses pelaksanaan dan penyampaian modul rawatan dan pemulihan di dalam komuniti di Malaysia. Delegasi telah dibawa melawat keseluruhan Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi diikuti dengan sesi  taklimat yang telah disampaikan oleh En. Azizi bin Salleh, Timbalan Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi. 

Berdasarkan pemerhatian, penerangan serta melalui soalan yang diajukan, delegasi telah menyatakan rasa kagum terhadap transformasi yang dilakukan AADK bagi merealisasikan  penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan berkonsep open access dan sukarela. Lebih mengagumkan mereka apabila mengetahui proses transformasi berjaya direalisasikan dalam tempoh tiga (3) bulan sahaja.

Selesai lawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, delegasi telah bergerak ke Cure and Care Service Center (CCSC) Chow Kit selama satu jam bagi mendengar penerangan mengenai operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di CCSC Chow Kit oleh Pengurus Projek, YM Raja Azizan Suhaimi bin Raja Abd. Latif. Bersempena dengan lawatan ini juga,  bengkel sehari bertajuk  Community-based Drug Dependence Treatment turut dianjurkan oleh  pihak UNODC bertujuan untuk mendapatkan input yang lebih mendalam mengenai program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti di Malaysia. 

Empat orang Resource Person terdiri daripada Cik Nazira Sadiron (AADK),  Dr. Fazidah Yuswan (Kementerian Kesihatan Malaysia),Tan Sri Zaman Khan (NGO) dan juga                    Prof. Adeeba Kamarudin (CERIA Universiti Malaya). 

Selama lima (5) hari berada di Malaysia, delegasi  turut melawat fasiliti yang menawarkan 
program rawatan terapi gantian seperti Klinik Kesihatan Tampin, IKHLAS Drop-in Centre Chow Kit dan Klinik Methadone di Penjara Kajang.

Gambar-gambar sekitar lawatan...


Gambar Sekitar Lawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi & Care Service Centre Chow Kit pada 3 Julai 2012











Gambar sekitar Bengkel Community-based Drug Dependence Treatment di Hotel Radius International, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2012







Sumber: Melati bt Ahmad Selar,  Cawangan Antarabangsa, AADK




Think Health, not Drugs..
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan..

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya