#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 July 2013

Hari Antidadah Antarabangsa 2013

Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah disambut meriah tahun ini dengan kehadiran 4,388 orang di Dewan Plenari, PICC. 3,550 orang dari jumlah peserta yang hadir merupakan ahli SKUAD 1Malaysia dari seluruh negara. Manakala bakinya merupakan sukarelawan dari Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta pegawai dan kakitangan AADK.

Objektif Sambutan.
1. Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

2. Menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam mengatasi masalah dadah d kawasan masing-masing.

3. Menyampaikan maklumat perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah.
                                           
Aktiviti yang disediakan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program sambutan tersebut. Antaranya adalah pameran oleh SKUAD 1Malaysia negeri Selangor, Perak, Terengganu, Johor dan Melaka. Di samping itu, pameran jualan produk turut diadakan. Booth fun games juga telah mendapat perhatian dari ahli-ahli SKUAD 1Malaysia. 

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis nasyid terkenal iaitu Nowseeheart, Juara AADK Idol dan Drug Free Youth Association. Di samping itu, Pertandingan Spontan Gwiyomi turut diadakan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peserta.

Pameran Perkhidmatan AADK.
Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah diwarnakan dengan pameran perkhidmatan AADK seperti cure and care, SKUAD 1Malaysi dan Drugs Free Zone. Pameran Drugs Free Zone adalah pertama kali diperkenalkan kepada umum iaitu dengan tujuan untuk memberi maklumat dan informasi kepada pengunjung yang hadir mengenai perkhidmatan Pengesanan dan Pengawasan.

Ucapan Pelancaran YB Dato' Seri Menteri Dalam Negeri.
Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah sangat berjaya dari segi penganjurannya. Semangat dan moral ahli-ahli SKUAD 1Malaysia yang tinggi ternyata memeriahkan suasana sambutan. Dewan Plenari telah digamatkan dengan sorakan dan laungan antidadah oleh ahli SKUAD 1Malaysia terutama apabila YB Menteri Dalam Negeri membuat ucapan pelancaran.

YB Menteri Dalam Negeri telah melakar sejarah memberi ucapan yang sangat bermakna dan membakar semangat remaja dan belia yang hadir pada hari tersebut. Ia merupakan ucapan spontan dan dari 'hati' serta sangat bertepatan dengan tema sambutan pada kali ini. Ia juga terbukti apabila setiap patah perkataannya mendapat tepukan dan sorakan dari seluruh peserta yang hadir. YB menteri Dalam Negeri turut memberi semangat kepada semua ahli SKUAD 1Malaysia agar menjadi sukarelawan antidadah dan membantu AADK terutamanya klien yang terlibat dengan masalah dadah. 

Tema.
Tema Hari Antidadah Antarabangsa 2013 adalah "Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab". Tema ini telah digunakan sejajar dengan pelancaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan negara oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tema ini dipilih sebagai satu galakkan kepada semua remaja dan belia untuk terlibat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya yang melibatkan permasalahan dadah. Di dalam keadaan masyarakat sekarang yang banyak berlakunya masalah sosial dan gejala negatif, adalah lebih baik kita melibatkan golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti yang positif dan berfaedah agar mereka tidak menyumbang ke arah meningkatkan masalah sosial sedia ada.
Baca lanjut mengenai kesukarelaan bukan pilihan, ia satu tanggungjawab di sini...
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/kesukarelaan-bukan-pilihan-ia-satu.html


Pelancaran Kempen Antidadah Baharu.
Di majlis ini juga kempen antidadah telah dilancarkan. Kempen ini merupakan pendekatan terbaharu AADK dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah kepada kesihatan diri dan membawa kesengsaraan kepada ahli keluarga. 
Baca lanjut mengenai pelancaran kempen antidadah terbaharu di sini..http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/ambil-kisah-ambil-tindakan-kempen.html























hidup ini terlalu indah untuk disiakan ...

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya