#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

07 August 2013

Pulih Zahir Batin. Kemaafan Adalah Permulaan Kepada Pemulihan.

PERUTUSAN
YBHG. PUAN SRI DATO’ ZURAIDAH HAJI MOHAMED
KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2013




Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita telah berjaya menempuhi ujian dan godaan nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. 
Sesungguhnya, tarbiah Ramadhan melatih kita menjadi insan yang cemerlang, insan yang 
bersedia untuk meneraju arus perubahan ' ar-ruhul jadid ' sama ada pada diri sendiri mahupun orang sekeliling amnya. Walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita, marilah kita samasama pastikan semangatnya tidak hilang, sebaliknya akan terus semarak semangat beribadah dan bermujahadah. Semoga pendidikan yang kita terima sepanjang Ramadhan ini, dapat memacu kita dalam meneruskan kehidupan seharian sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Melangkah ke 1 Syawal 1434H, saya turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Malaysia khususnya 
warga kerja AADK. Kedatangan lebaran pada tahun ini perlu dihayati dan disyukuri dengan 
lebih lagi kerana kita masih mengecapi keamanan dan kemakmuran walaupun negara telah 
dilanda dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kehadiran Aidilfitri ini diharapkan akan dapat mengeratkan semula tali persaudaraan serta ukhwah Islamiah antara kita. Sebagai umat Islam, kita perlu saling menghulurkan kemaafan atas keterlanjuran sama ada percakapan mahupun perbuatan. Sesungguhnya kita adalah insan biasa yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

Gunakan sambutan Syawal pada tahun ini sebagai satu titik tolak kepada kita semua untuk 
meluangkan masa bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan terutamanya anak-anak kita 
sendiri. Ini kerana institusi keluarga adalah platform terbaik dalam mencorakkan kehidupan 
terutamanya golongan remaja dan belia ini. Semaikan dalam diri kita selaku ibu bapa untuk 
mengambil kisah tentang diri mereka. Bertepatan dengan kempen AADK yang baru sahaja 
dilancarkan pada 7 Julai 2013 yang lalu iaitu "Ambil Kisah, Ambil Tindakan", sebagai ibu bapa kita seharusnya mencegah sesuatu perkara negatif seperti penagihan dadah daripada berlaku. Ini kerana ia mungkin telah berada di rumah kita tanpa kita sedari. Sebagai ibu dan bapa juga, kita seharusnya memantau pergerakan anak-anak kita, siapa kawan mereka, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memastikan Syawal yang diraikan pada tahun ini adalah yang paling bermakna. Jadikan latihan yang kita jalankan sepanjang Ramadhan yang lalu dalam membentuk diri agar menjadi umat Islam yang berjaya dan bebas daripada pengaruh dadah. Namun kepada mereka yang terkesan dengan masalah dadah, peluang kedua masih terbuka. Hadirkan diri anda di mana-mana Klinik Cure & Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre (CCSC) atau Caring Community House (CCH).

Akhir kalam, sinarilah lebaran ini dengan penuh keceriaan dan bukannya kesengsaraan akibat dadah. Pulih zahir batin, kemaafan adalah permulaan kepada pemulihan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sekian, wassalam….
PUAN SRI DATO’ ZURAIDAH HAJI MOHAMED
KETUA PENGARAH 
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya