#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 November 2014

Cerpen AADK : Detik - Detik Hitam Bertukar Putih

TEMPAT KETIGA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
NAMA PENULIS LAVAENYA A/P BATAMALAR
ALAMAT NO 10, JALAN BAYU 1, TAMAN BAYU, HULU BERNAM,
35900 TG. MALIM, PERAK.
TAJUK CERPEN : DETIK-DETIK HITAM BERTUKAR PUTIH


Melihat balik detik yang pernah saya lalui, saya rasa Tuhanlah
yang menentukan semuanya. Sebagai seorang anak sulung dalam
rumah yang kucar-kacir, memang lumrahnya untuk menanggung segala
penderitaan yang melanda dalam keluarga saya. Ayah saya hanya sibuk
dengan gejala perjudiannya dan langsung tidak mengendahkan kebajikan
saya dan adik-adik saya kerana pendapatannya habis dibelanjakan untuk
kegiatan perjudian. Ibu saya pula hanya sibuk melayan kecantikan
fizikalnya dengan menggunakan wang pinjaman "Ah-Long".

Saya dan adik-adik saya langsung tidak menikmati sebarang
keindahan yang dikurniakan oleh Tuhan kerana sebarang keperluan kami
hanya dipenuhi pada masa-masa yang tertentu sahaja. Ada kalanya
keperluan kami langsung tidak dipenuhi. Rakan-rakan saya menyisihkan
saya hanya kerana status kemiskinan keluarga saya.

Semuanya berubah apabila adik saya dibunuh dengan kejam
akibat daripada kegagalan ibu saya melangsaikan hutang "Ah-Long". Rasa
tertekan inilah yang mendorong saya untuk menagih "najis" ini. Apabila
mula terjebak, rasa lega itu amat menyenangkan saya. Seolah-olah saya
berada di syurga. Mula-mula mencuri dari tabung kemanusiaan sekolah,
kemudian menyertai geng perompak untuk merompak demi memenuhi
nafsu saya terhadap najis ini.

Selepas lima bulan, akhirnya pihak berkuasa berjaya
menangkap saya. Saya dimasukkan ke pusat pemulihan dadah dan
di situlah saya menerima segala perhatian dan kasih sayang yang saya
perlukan. Setelah tamat pengajian tingkatan 5, saya telah menyertai
sebuah kolej perkhidmatan awam dan berjaya menamatkan pengajian
saya.

Kini, saya berasa bangga kerana mampu menyara adik bongsu
saya dengan punca pendapatan yang halal. Saya bersyukur kepada Tuhan
kerana dikelilingi oleh ahli masyarakat yang baik hati yang sanggup
membantu saya meneruskan hidup saya walaupun saya merupakan
seorang bekas penagih dadah. Ibu dan bapa saya pula didakwa di
mahkamah kerana gagal memenuhi keperluan asas anak-anak.

Walaupun diselubungi kegembiraan, namun masih timbul
rasa kekesalan kerana terjebak dalam gejala yang hampir-hampir
membinasakan hidup saya. Sekiranya Tuhan memberkati saya untuk
meneruskan liku-liku kehidupan dengan seorang teman sejiwa, saya
berjanji kepada-Nya yang saya akan berusaha untuk menjadi seorang
yang tidak mementingkan diri sendiri dan menjadi seorang ibu yang
mampu memberikan perhatian, belaian, dan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak saya.



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya