#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 November 2014

Cerpen AADK : Doa Zali

NAIB JUARA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
NAMA PENULIS INTAN SYAFIRA BT ROSTAM
ALAMAT NO. 5 JALAN 10, TAMAN BIDOR JAYA,
35500 BIDOR, PERAK
TAJUK CERPEN: DOA ZALI


“Zali, kau sakit lagi ke?” Tanya pengawai Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK), Abang Rahmat. Zali hanya mengangguk lemah.
Biar sekuat manapun bisa itu, tapi dia yakin dia boleh. Malaysia boleh,
tapi mengapa dia tidak?

“Pergi ambik wuduk. Allah boleh hilangkan sakit tu kalau kau
bersujud padaNya.” Sambung Abang Rahmat.

Zali bangkit, menuju ke arah tempat wuduk. 2 tahun dia
berada di situ. Bermacam macam jenis orang dia sudah jumpa. Ada yang
baru keluar, minggu seterusnya balik semula ke pusat. Alasan mereka,
masyarakat tidak menerima mereka. Fikiran Zali bercelaru. Masyarakat
mahu mereka berubah, tapi mengapa mereka menghina penagih dadah
yang berubah? Penagih dadah yang berubah mahu diri mereka diterima
dalam kelompok masyarakat. Mereka tidak menganggu, tapi mengapa diri
mereka kerap didiskriminasikan?

Kerap kali Zali mendengar cerita dari rakan yang kerap masuk
ke pusat itu berkata, majikan menolak permohonan mereka yang ingin
berkerja dengan alasan mereka dahulunya seorang penagih dadah. Apa
masalah dengan status penagih dadah? Mereka sudah berubah.
Zali tidak berniat untuk mencemuh masyarakat. Namun itulah
pandangan masyarakat kepada penagih dadah yang sudah berubah.

“Zali, apa kamu menung tu? Dah nak masuk zuhur ni.”
Tegur salah seorang lagi pengawai AADK, Abang Ilham. “Menung sekejap
bang. Terfikir juga. Masyarakat nak terima ke saya ni kalau besok-besok
saya keluar dari pusat AADK.” Zali berkata sayu. Abang Ilham tersenyum.
“Zali, kau kena faham. Kau buat apa yang Allah suka dan
pedulikan apa orang kata.” “Bang, nanti kalau saya nak kerja macam mana
pulak? Majikan bukan ambik bekas penagih macam saya ni.” Keluh Zali
lagi. “Kita kena mula dari bawah Zali. Allah akan gandakan rezeki sekiranya
kita sentiasa ingat yang Allah ada untuk semua makhluknya.” Ujar Abang
Ilham. Hatinya begitu tersentuh dengan kata-kata rangsangan dari seorang
yang tiada kena mengena dengan hidupnya. Sejak dia mendaftarkan diri
di AADK, hidupnya sentiasa dipenuhi dengann dorongan yang berterusan
dari pengawai AADK. Jasamu kukenang AADK. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalas budi baikmu kepada golongan sepertiku, desis hati Zali.

“Eh, azan zuhur dah bunyi tu. Solat ni tak boleh kita lewatkan.
Nanti kurang pahala kita.” Kata Abang Ilham, menghulurkan tangannya
kepada Zali. Zali menyambut huluran sambutan Abang Ilham. Mengikuti
Abang Ilham ke dalam saf solat. Doanya hari ini adalah, dia mahu
masyarakat menolak presepsi buruk tentang bekas penagih dadah.
Dan dia berjanji, dia akan menjadi orang pertama yang
masyarakat sedar bahawa bekas penagih dadah juga mahu diri mereka
diterima kembali dalam kelompok masyarakat. 

Amin.




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya