#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 March 2015

Hukuman Kesalahan Ketum Tidak Setimpal

Disediakan oleh : Unit Media & Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat AADK

IBU PEJABAT AADK, 3 MAC : Hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) Bilangan 1 Tahun 2015 yang berlangsung pada 26 Januari 2015, telah bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Dato’ Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri selaku Pengerusi JPU agar pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan kawalan ketum turut meliputi pindaan kadar denda dan hukuman bagi kesalahan ketum diperketatkan bagi mereka yang menanam, menjual, mengedar, dan memproses daun ketum.


Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipergerusikan oleh YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bersama YBhg. Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan ahli mesyuarat yang lain telah diadakan di Ibu Pejabat AADK.


Mesyuarat tersebut membicangkan agar hukuman di bawah Seksyen 6 iaitu ‘denda RM20,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun’ dikaji semula kerana ianya didapati terlalu rendah dan tidak sesuai lagi pada zaman ini.


Status pindaan ialah bacaan kali pertama Rang Undang-Undang tersebut di Dewan Rakyat telah berlangsung pada 25 November 2014 dan bacaan kali kedua di Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung pada Penggal Pertama Sesi Parlimen 2015 yang akan bermula pada 9 Mac 2015. 

Dengan pindaan ini, kita berharap agar kawalan yang lebih ketat dapat dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang mengeksploitasi daun ketum bagi tujuan disalahgunakan.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.

AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya