#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 March 2015

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 peringkat Negeri Johor

Disediakan oleh : Muhamad Zulhilmi Bin Miskam, AADK Johor

JOHOR BAHRU, 4 MAC : Dengan tema “Dadah...Kesannya Membinasakan”, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor telah mengadakan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Johor baru-baru ini bertempat di Dewan Auditorium Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Johor Bahru.

Seramai 200 orang telah hadir ke majlis tersebut yang terdiri daripada warga AADK Negeri Johor dan Klinik Cure&Care 1Malaysia Tampoi, ahli SKUAD 1Malaysia serta Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) seluruh Negeri Johor. 

Majlis dimulakan dengan Taklimat GST oleh En. Azli Bin Ubin, Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan AADK Negeri Johor. 

Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, AADK dan Dadah Durjana. Antara pengisian sambutan kali ini adalah seperti Lafaz Ikrar Antidadah yang telah diketuai oleh En. Maulana Noraini Bin Mohin, Deklamasi Sajak oleh Ahli SKUAD 1 Malaysia, Persembahan Busking/Unplugged oleh Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi dan Persembahan Multimedia. 

Majlis diakhiri dengan Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2015 oleh Pengarah AADK Negeri Johor, Tn. Hj. Sidek Bin Jaffar.

Diharapkan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah terutamanya kepada remaja dan kanak-kanak.




                                           




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya