#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 March 2015

Senario Ketum Di Perlis

Disediakan oleh : Amira Rohaiza binti Abdul Jamil, AADK Perlis

KANGAR, 2 MAC : Isu dan masalah ketum amat serius di kalangan penduduk sekitar kawasan utara tanah air meliputi Negeri Perlis dan Kedah. Menyedari betapa seriusnya isu dan masalah berkenaan, Pengarah AADK Negeri Perlis Puan Azizah binti Ahmad yang merupakan pengarah baru AADK Negeri Perlis telah turun padang menjejaki dan mengenalpasti kawasan-kawasan di sekitar Negeri Perlis yang terlibat dengan penanaman pokok ketum. 

Aktivti turun padang penting bagi membolehkan beliau melihat sendiri senario permasalahan ketum di Negeri Perlis, dan seterusnya merangka gerak kerja yang lebih efektif bagi menangani isu ini. Mantan Pengarah AADK Negeri Perlis iaitu En. Mohamad Zaki Farkhi bin Ahmad juga turut serta dalam aktiviti turun padang ini bagi menerangkan dan member penjelasan yang lebih terperinci kepada beliau. 

Selain melihat sendiri penanaman ketum di sekitar Perlis, Pn. Azizah turut turun padang bertemu dan bersuamuka dengan Ahli Jawatankuasa keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk-penduduk kampong bagi merangka kerjasama erat untuk menangani masalah ketum di kawasan yang telah dikenal pasti. AADK Negeri Perlis akan terus mempergiatkan program dari segi pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan gejala ini dapat dibendung. 

Diharapkan pelbagai usaha dan tindakan pihak AADK ini akan mendapat kerjasama baik dari semua pihak dalam usaha memastikan rakyat Negeri Perlis bebas dari penyalah gunaan daun ketum dan dadah. 

 Pn. Azizah binti Ahmad meninjau kawasan penanaman ketum di sekitar Negeri Perlis



 Perjumpaan Pn. Azizah binti Ahmad bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk penduduk kampung.




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.

AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya