#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

13 July 2015

Jelajah Syawal Bersama OKP Memberi Keceriaan


Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 11 JULAI : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda serta Skuad 1 Malaysia membentuk satu pasukan khas bagi menjalankan satu program yang mendekati Orang Kena Pengawasan ( OKP ) Daerah Kuala Muda bagi menyampaikan sedikit sumbangan keperluan dapur bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 

Program yang dirangka ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial untuk sentiasa mengambil tahu tentang perjalanan ataupun kehidupan Orang Kena Pengawasan ( OKP ) yang diselia oleh AADK Daerah Kuala Muda. Jelajah Syawal Bersama OKP ini juga mendapat perhatian YB Dato Dr Leong Yong Kong, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang bersama-sama menyertai jelajah ke 3 buah rumah pertama. 


YB Dato' Dr Leong Yong Kong sempat bertanya khabar kepada OKP serta keluarga seterusnya menyampaikan sumbangan yang disediakan. Turut sama hadir mengikuti program Jelajah Syawal Bersama OKP ini adalah Encik Shamshuri Bin Yusoff, Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Tuan Kol ( B ) Zulkifli Bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda, Encik Adnan Bin Md Isa, Pengerusi Skuad 1 Malaysia Daerah Kuala Muda, kakitangan AADK Kuala Muda, ahli JKPD, Rakan Hati Emas serta rakan media cetak. 

Program Jelajah Syawal Bersama OKP ini akan berterusan sepanjang minggu ini dan lebih ramai keluarga OKP akan didekati demi memastikan OKP ini sentiasa mendapat perhatian dan sokongan untuk yerus mengekalkan kepulihan mereka.

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya