#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 August 2015

Berubah mendadak akibat dadah

Bibah berharap anaknya Amin berubah menjadi insan berguna.
 
JOHOR BAHRU - Perubahan mendadak anak keempat daripada tujuh beradik yang suka menyendiri membuatkan keluarganya khuatir ada sesuatu cuba disembunyikan lelaki berumur 22 tahun itu.

Malah, naluri keibuan Bibah, 48 (bukan nama sebenar) semakin kuat apabila melihat badan anaknya Amin (bukan nama sebenar) semakin kurus.

“Makcik dapat rasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan kami sekeluarga dan apabila disoal dia tidak mengaku melakukan sebarang kesalahan.

“Tetapi, apabila digesa akhirnya dia mengaku telah mengambil dadah jenis heroin,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Klinik Cure & Care  1Malaysia Tampoi Agensi Antidadah Kebangsaan, di sini.

Peniaga dari Mersing itu memberitahu, luluh perasaannya sebaik mendengar pengakuan anaknya, namun dia dan suami berusaha menenangkan diri dan mencari jalan penyelesaian.

“Hati ibu mana yang tidak sedih apabila dapat tahu anak hisap dadah dan boleh berubah sejauh itu. Makcik berbincang dengan suami untuk membantu anak supaya dapat tinggalkan  aktiviti tidak berfaedah itu. Akhirnya, kami nekad menghantarnya ke sini selepas Aidilfitri setelah mendapatkan maklumat daripada AADK,” katanya.

Bibah berharap anaknya itu dapat berubah dan kembali ke pangkal jalan serta mengejar cita-citanya.

Menurutnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya ada menyatakan minat untuk sambung belajar.

“Saya harap selepas dia keluar, dia dapat meneruskan niatnya itu. “Nasihat saya kepada ibu bapa yang berdepan situasi ini supaya tetap memberi sokongan. Bagi motivasi dan galakan agar mereka dapat berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Amin yang dahulu bekerja sebagai penghantar pizza kini menyesal dengan perbuatannya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Walaupun masih baharu di sini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya menyesal kerana menghampakan harapan keluarga.

“Saya harap apabila saya keluar nanti, saya akan membanggakan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi, M Asok Kumar berkata, pusat berkenaan kini menempatkan seramai 109 pelanggan melibatkan pelbagai masalah.

Jelasnya, kebiasaannya mereka tinggal di sini untuk tempoh tiga bulan dan mengikuti pelbagai slot yang disediakan.

“Namun jika melebihi tempoh masa, ia bergantung kes tertentu,” katanya.

Sumber Sinar harian

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya