#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 October 2015

Kes Dadah Pelajar Meningkat



DUNGUN - Statistik menunjukkan peratus pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dan ia satu perkara membimbangkan.

Berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua pelajar di negeri ini, peratus atau bilangan kes bagi tahun ini semakin tinggi jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Rohayu Ahmad berkata, walaupun peningkatan dalam peratus yang tidak banyak tetapi pihaknya tetap  memandang serius.

“Penglibatan pelajar dalam aktiviti penyalahgunaan dadah adalah seawal tingkatan satu atau 13 tahun tetapi ada yang mengaku sudah terjebak sejak di bangku sekolah.

“Kawasan catat kes paling tinggi  di Kuala Terengganu dan Kemaman," katanya.

Kata beliau, fenomena yang amat membimbangkan apabila ada tiga generasi penagih dalam sesebuah keluarga iaitu datuk, ayah dan anak kerana ia boleh membawa kepada masalah lebih serius serta sukar ditangani.

“Lebih berbahaya penagih mencampuradukkan bahan terlarang seperti pil kuda bersama heroin, ubat selesema bersama panadol diambil dalam kuantiti banyak untuk mendapatkan lebih kesan khayalan selain pelbagai campuran lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika program pemutihan dadah di Ketengah Jaya, di sini.

Beliau berkata, bagi membendung gejala berkenaan, AADK dengan kerjasama kerajaan negeri melaksanakan program pencegahan yang diperkenalkan pada tahun ini.

“Program pendidikan pencegahan dadah bagi pelajar di negeri ini dibuat mengikut zon iaitu zon A merangkumi kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, manakala zon B bagi Besut dan Setiu serta zon C untuk Dungun dan Kemaman.

“Pelajar berkaitan dikumpulkan mengikut zon dan akan menyertai program sebanyak tiga kali," katanya.

Kata beliau, program berbentuk kem kesedaran itu dilaksanakan hasil peruntukan kerajaan negeri dengan harapan ia mendatangkan impak positif.

Sumber : Sinar Harian

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

01 October 2015

Alasan bodoh hisap ganja

Kuala Lumpur: Empat pelajar tingkatan lima memberikan alasan tidak munasabah kononnya mengambil ganja akibat diserang tekanan emosi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal dihadapi.

Semua pelajar lelaki sebuah sekolah di Lembah Keramat itu diberkas polis dalam serbuan ‘Ops Target’ di belakang sebuah sekolah jam 10 pagi semalam.

Ketika ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang, empat pelajar itu bersama lima rakan lain didapati ponteng kelas dan melepak di belakang kawasan sekolah itu.

Salah seorang pelajar yang diberkas itu turut memberi alasan mengambil dadah untuk membantunya menajamkan lagi ingatan, selain fokus pada sesi pembelajaran bersama rakan-rakannya.

Tidak kurang juga ada yang merayu kepada penguat kuasa AADK supaya melepaskan mereka kerana risau perbuatan itu diketahui ibu bapa dan guru.

Sumber : Harian Metro


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Bekerjasama banteras kegiatan DADAH

Kementerian Wilayah Persekutuan & Agensi Antidadah Kebangsaan bekerjasama banteras kegiatan DADAH.


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Dua Beranak Warga Iran Dihukum Gantung

 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

 
 
  Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Semangat Cintakan Negara Pemangkin Penyatuan Kaum

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SEMELING, 30 SEPT : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda hari ini mengadakan sesi pameran di Universiti AIMST bersemperna Perayaan Hari Kemerdekaan yang melibatkan pelbagai fakulti yang ada di sini. 

Program hari ini bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili setiap fakulti yang diiringi oleh pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom. Nayanyian lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Mahkota mengambil tempat setelah semua kontinjen selesai membuat lintas hormat di pentas utama. 






Perasmian program hari ini disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, T.H. Subra yang mewakili YAB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir. Program hari ini juga turut diserikan dengan persembahan kebudayaan Melayu, India, Cina dan lain-lain kaum yang melibatkan penyertaan para pelajar yang berbilang kaum serta pelajar antarabangsa. 


Pastinya isu dadah merupakan satu masalah yang perlu ditangani bersama. Semua pihak memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan orang di sekeliling kita tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 



Para pelajar akan terus didekati dengan pelbagai program yang memberikan manfaat serta maklumat tentang bahaya dadah jika mula terlibat. Kesengsaraan akibat penyalahgunaan dadah cukup memeritkan jika tidak dapat dicegah secepat yang mungkin pada peringkat awal. 

 

Program hari ini juga dapat mengeratkan penyatuan kaum berbilang bangsa bagi mewujudkan keharmonian sepanjang masa.

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Your LIFE Is In Your HANDS

 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

‘Bujang lapok’ lalok heroin

Kuala Lumpur: Tidak hanya digelar geng ‘bujang lapok’ malah tiga sahabat warga emas yang menetap bersama sejak usia muda dikesan berkongsi dadah sejak hampir 40 tahun lalu.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia 56 hingga 60 tahun itu bagaimanapun ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas dikesan ketagih heroin di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru, kelmarin.

Dalam operasi ‘Ops Target’ bermula jam 11 malam itu, semua warga emas ditahan itu mengaku menagih dadah lebih 40 tahun bersama-sama.

Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memberitahu terpaksa bekerjasama mengambil upah atau mengemis untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Walaupun pernah terpisah selepas ditahan dan dimasukkan ke Pusat Serenti, namun mereka akan tetap kembali bersatu untuk menagih dadah bersama-sama sebaik dilepaskan.


Sumber : Harian Metro

  Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya