#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

20 January 2016

Semai kesedaran jauhi dadah

Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan golongan yang pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan bersama agensi itu di seluruh negara akan meningkat sehingga 40 peratus tahun ini.
Pemerhatian mendapati trend penagihan dadah menunjukkan peningkatan saban tahun walaupun pelbagai kempen kesedaran dan tindakan penguatkuasaan dijalankan bersama agensi keselamatan lain.

Justeru, AADK mahu mempergiatkan kerjasama erat dengan media yang turut memainkan peranan penting untuk membanteras permasalahan itu merangkumi aspek kesedaran, pendidikan atau pengetahuan selain peringatan kepada masyarakat terutama golongan muda.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib berkata, pihaknya mengutamakan dua faktor yang dianggap penting mengenai isu dadah ini iaitu pencegahan dan rawatan atau pemulihan penagih.

“Tahun ini, sasaran kami mahu mengurangkan 20 peratus penagih dadah baru di seluruh negara dan mahu jumlah itu semakin berkurangan, sekali gus mencapai sehingga paras sifar pada 2020.

“Bagi aspek rawatan dan pemulihan, kita menyasarkan sehingga 40 peratus jumlah penagih yang pulih sepenuhnya daripada penagihan berbanding 25 peratus pada tahun lalu.

Golongan itu adalah mereka yang menjalani rawatan di bawah seliaan kami,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan rasmi di Balai Berita The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), semalam.

Hadir sama, Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Wan Addenan Wan Mohd Noor dan Pengarah Pencegahan, Abdul Rahman Hamid.

Rombongan itu disambut Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Timbalan Pengarangnya Ahmad@Salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Berita dan Hal Ehwal Semasa) Shariffudin Mohamed.

Ketika ditanya wujudnya trend peningkatan jumlah penagih dadah, menurut Izhar, pengukur atau indikator mengenai perkara itu bergantung kepada operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya bersama agensi lain.

“Namun secara keseluruhannya, berdasarkan keadaan masa kini dengan pengaruh media sosial dan Internet, trend peningkatan memang berlaku daripada tahun ke setahun termasuk membabitkan penagihan di peringkat belia, remaja dan pelajar sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan pelbagai program termasuk konvoi kenderaan ke seluruh negara sempena Hari Antidadah Kebangsaan yang dijangka berlangsung di Sarawak pada 19 Februari depan.

“Selain kempen kesedaran menerusi pengedaran risalah dan perbincangan, kami akan menyediakan maklumat terperinci antaranya berkaitan lokasi atau port penagihan di setiap negeri untuk diserahkan kepada pihak berkaitan,” katanya.


Mustapa (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Izhar (lima dari kanan) sambil diperhatikan Ahmad@Salim (tiga dari kanan) dan Shariffudin (dua dari kiri) pada kunjungan kerja pengurusan AADK ke Harian Metro, Bangsar.

Sumber : Harian Metro, Selasa, 19 January 2016

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya