#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 February 2016

Antara ganja dan tekanan hidup



GANJA merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan serat. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih pokok cannabis yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan dahulu dengan menyalainya sebelum digunakan. Ganja juga dikenali sebagai marijuana, yang berasal daripada bahasa Portugis, iaitu perkataan mariguango yang bermaksud barang yang memabukkan.

Istilah ganja dipopularkan oleh kaum Rastafari, penganut agama Rasta di Jamaica. Mungkin ada yang masih ingat penyanyi reggae Bob Marley. Beliau yang menganut ajaran Rastafarian, mengambil ganja sebagai ritual keagamaan. Melalui lagu Ganja Gun, Bob Marley menyatakan bahawa beliau akan menghisap ganja sehingga buta. Bob Marley meninggal dunia pada 11 Mei 1981, pada usia 36 tahun, akibat penyakit melanoma (kanser kulit) yang merebak dari ibu jari kaki kanan ke otak dan menyebabkan tumor.

Mengikut undang-undang Malaysia, mereka yang memiliki 200 gram atau lebih ganja atau resin ganja, akan dihukum mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Untuk berat 50 gram atau lebih, hukumannya adalah penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun atau 10 sebatan rotan.

Begitu juga sekiranya seseorang memiliki kurang daripada 50 gram ganja, atau didapati bersalah menanam pokok ganja walau sepohon, boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebatan rotan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen belia telah mencadangkan supaya kesalahan menghisap ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah. Saranan ini pula disokong oleh seorang ahli politik, yang menurutnya, menghisap ganja boleh menghilangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Memang benar, dalam kehidupan, akan ada tekanan. Tekanan datang daripada pelbagai punca seperti masalah kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya. Ada di antara kita sudah berhutang walaupun belum bekerja. Hutang pinjaman pelajaran, kereta, dan rumah  perlu dilangsaikan setiap bulan waima gaji kecil. Kini kos sara hidup pula semakin meningkat. Kita disarankan buat dua kerja demi kelangsungan hidup. Tekanan bertambah.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menangani tekanan. Ada yang mengambil minuman keras untuk melupakan seketika masalah yang dihadapi. Kini ada pula yang mencadangkan ganja. Adakah pengambilan alkohol atau ganja dapat menghilangkan masalah? Atau menambahkan lagi masalah?

Sebagai orang Islam, kita boleh mengurangkan tekanan dengan membaca atau mendengar al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar bagi umat Islam. Ia menyejukkan hati dan memberikan ketenangan kepada sesiapa yang membaca atau mendengarnya.

Kita juga dapat menghilangkan tekanan dengan menceburi aktiviti sukan seperti bermain bola, futsal, golf atau bergiat dalam hobi masing-masing seperti memancing ikan, fotografi, dan melukis.                                                 

Paling kurang pun, kita boleh melangkah keluar rumah seawal Subuh, hirup udara pagi sedalamnya, dan lihat langit dan segala ciptaan ALLAH. Menikmati keindahan alam sewaktu matahari timbul atau tenggelam boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

Melakukan perkara ini akan menimbulkan rasa syukur terhadap segala nikmat yang kita ada dan rasa syukur ini akan menghilangkan stres secara perlahan-lahan.

ALLAH SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28, yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.”

Ganja diharamkan dalam Islam berasaskan kepada kiasan haramnya arak yang sifatnya memabukkan serta merosakkan jasmani dan akal manusia (Portal rasmi Fatwa Malaysia). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram.” (Riwayat Muslim dari Ibnu Umar).

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selain kesan kesihatan terhadap tubuh manusia, ia juga mempunyai kesan buruk ke atas personaliti seseorang. Antaranya, penghisap ganja akan menjadi khayal (berhalusinasi), ketagihan dan mengalami gangguan tingkah laku.

Maka, carilah penyelesaian yang benar dalam menghadapi masalah. Jangan mencari jalan singkat yang akhirnya menghancurkan diri sendiri, agama dan bangsa.

* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan
sumber : sinarharian

 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan










































#ganja
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya