#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

22 February 2016

Ganja bukan alternatif untuk kita



Kenyataan ahli pemuda Umno, Syed Rosli Jamalullail baru-baru ini yang mengesyorkan pemindaan ganja daripada dadah terlarang benar-benar mengejutkan saya dan memanggil untuk menjawab dari sudut kesihatan.

Seperti yang kita maklum ganja atau dadah daripada jenis kannabis ini merupakan bahan terlarang di Malaysia dan penyalahgunaan ganja adalah salah di sisi undang-undang.

Seperti ubat-ubatan psikotopik sepertinya (selain morfin, heroin) tidak dinafikan mempunyai kegunaan teraputik dalam merawat sesetengah penyakit.

Bagaimanapun, ia masih di dalam senarai ubat terkawal yang hanya  diberikan kepada pesakit dalam kadar tertentu yang dikawal dan dipantau secara khusus pengamal perubatan.

Penggunaan ganja sebagai “penenang” dalam masalah stress dan tekanan hidup adalah satu alternatif yang diseru atas alasan yang dangkal, malahan amat merbahaya kepada kesihatan psikologi dan fizikal masyarakat umum.

Negara barat yang membenarkan penggunaan ganja berleluasa hari ini juga semakin giat melakukan kajian dan menyiarkan artikel dan jurnal hasil kajian mereka terhadap bahaya “marijuana” yang melanda rakyat mereka, dengan tujuan memberi kesedaran dan mengurangkan masalah yang berakar umbi daripada salah guna ganja.

Salah satunya adalah jurnal terbitan The New England Journal of Medicine 2014, hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang doktor ke atas populasi rakyat mereka yang terlibat dalam penggunaan tegar ganja.  Antara kesan buruk yang dibuktikan daripada kajian tersebut:

1. Terbukti menyebabkan masalah ketagihan yang mempengaruhi aspek kesihatan dan sosial penagih.

– Hampir separuh daripada pengguna ganja yang menghisap setiap hari akan mendapat ketagihan, dan 1 daripada 6 remaja yang terlibat dengan ganja akan ketagih.

– Kajian yang dilakukan National Survey on Drug Use & Health di England pada tahun 2012 sahaja menunjukkan  2.7 juta rakyat yang berumur 12 tahun ke atas mengalami ketagihan pada ganja.

2. Membantutkan pada perkembangan otak dan minda.

– mengurangkan dan melemahkan  sesetengah sel otak yang mengawal perangai iaitu hippocampus dan prefrontal cortex, mengakibatkan pengguna ganja mudah mengalami masalah untuk menimbangkan baik buruk tingkah laku, kurang bersikap positif. Hasil kajian menunjukkan ini adalah antara penyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan remaja dan pemuda yang terlibat dengan ganja.

– Mengurangkan perkembangan IQ bagi remaja dan juga bayi yang terdedah kepada ganja ketika dalam kandungan. Kajian juga mendapati ramai remaja yang terlibat dengan ganja mengalami kesukaran untuk menghabiskan persekolahan dan seterusnya menyumbang kepada keciciran daripada pembelajaran.

3. Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

– Ganja memberi  kesan kepada sistem koordinasi badan dan menurunkan tahap fokus dan kesedaran pengguna menyebabkan pengguna sukar untuk mengawal kenderaan ketika memandu.

– Pengguna ganja menyumbang kepada kemalangan jalan raya 3-7% lebih daripada mereka yang tidak di bawah pengaruh sebarang dadah/ alkohol).

4. Menyumbang kepada ketagihan dadah yang lebih berbahaya.

– Kesan daripada ganja yang menurunkan sejenis hormon natural dalam badan iaitu ‘dopamin’, pengurangan hormon dopamin menyebabkan pengguna ganja mudah merasa tidak puas dan mahukan sesuatu yang lebih kuat untuk merangsang bahagian otak yang mengawal “satisfaction” dan  ketenangan dalam jangka masa panjang ini akan menyebabkan kecenderungan untuk mengambil dadah jenis lain yang lebih kuat seperti morphine, cocaine malah menjurus kepada ketagihan alkohol.

5. “Withdrawal syndrome”, kesan sampingan badan hasil daripada ketagihan.

· Apabila pengguna ganja berhenti mengambil ganja, mereka akan mengalami symptom-simptom khas kesan sampingan daripada kebergantungan tubuh badan mereka kepada ganja seperti  resah, masalah sukar tidur, kurang konsentrasi dan masalah untuk belajar dan focus,  meninggikan syahwat, pelupa dan sukar menghafal. Sungguh pun kedengaran seperti tidak serius, namun sebenarnya para doktor mengakui kaitan kesan ini yang membawa kepada pelbagai masalah sosial  yang memberi kesan kepada pekerja, peningkatan kes jenayah seks dikalangan pengguna ganja, risiko kemalangan ketika memandu dan sebagainya.

6- Risiko mendapat penyakit mental

– Penyalahgunaan ganja dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko untuk menghidap penyakit mental seperti kemurungan, ‘anxiety disorder’

– Meningkatkan risiko menghidap skizofrenia dan sering kali rawatan serta keseriusan penyakit mental akibat penyalahgunaan dadah adalah lebih teruk dan sukar untuk dirawat.

Kita hari ini didedahkan dengan pelbagai masalah yang kian meruncing, malah dilihatkan penghalalan ganja dari sudut undang-undang sebenarnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah kesihatan sosial.

Belum selesai masalah peningkatan kes  jangkitan kelamin, HIV hasil daripada peningkatan kes homoseksual, belum lagi bercerita tentang kes gugur dan pembuangan anak luar nikah.

Pada hemat saya sebagai seorang pegawai perubatan, cukuplah apabila melihat pesakit kami datang dengan kemalangan yang teruk kerana mabuk, pesakit-pesakit mental yang berjuang untuk menyeimbangkan diri mereka dalam masyarakat, masalah kanak-kanak dan remaja yang dirujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak kerana masalah sosial, tidak sanggup lagi untuk melihat pertambahan daripada golongan ini dalam masyarakat kita.

Saya yakin kerajaan berhasrat penuh untuk memastikan yang terbaik buat rakyat dari aspek sosial, kesihatan mahupun ekonomi.

Banyak alternatif lain yang lebih sihat untuk dicadangkan kepada masyarakat bagi menangani tekanan hidup seperti bersenam, sembahyang, meditasi, pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat secara keseluruhannya.

Pengambilan ubatan luar/bahan tambahan seperti dadah dan ganja sebenarnya memberi kesan keseronokan dan ketenangan hanya dalam jangka masa pendek dan bukanlah cara penyelesaian terbaik.

Saya yakin majoriti rakyat Malaysia adalah masyarakat yang menyokong kepada gaya hidup fizikal dan mental yang sihat, dan saya yakin ganja bukanlah alternatif untuk kita. – 18 Februari, 2016.

Ditulis oleh:

Dr Nadiah Norudin

Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara

Aktivis I-Medik WP/Selangor



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.






































#ganja

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya