#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

29 February 2016

Kerajaan isytihar 
perang terhadap dadah


AHMAD ZAHID HAMIDI melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir pada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, semalam. Turut kelihatan, Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid. BERNAMA

LAWAS 28 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan akan memerangi jenayah penyalahgunaan dadah secara besar-besaran pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, tindakan tersebut berikutan kebimbangannya terhadap statistik sejumlah 26,660 orang penagih dikesan tahun lalu dengan 76.1 peratus daripadanya merupakan penagih baharu manakala selebihnya adalah penagih berulang.

“Bertambah malang apabila 73.4 peratus daripada yang dikesan itu adalah golongan muda. Penagih dadah termuda yang dikesan tahun lalu berusia tujuh tahun. Ini menyedihkan, ada ‘pelaburan’ yang dilakukan oleh pengedar dadah dengan menggunakan gula-gula (diletakkan ganja) seperti dilaporkan media, yang diberikan kepada murid sekolah.

“Harap Kementerian Pendidikan ambil perhatian selain Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang memohon kerajaan memperhalusi pengharaman ganja di negara ini, kerana mendakwa ia tidak menyebabkan penghisap agresif atau hilang pertimbangan seperti mereka yang mengambil alkohol berlebihan. 

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak boleh mengikut tanda aras digunakan negara-negara Eropah yang membenarkan penggunaan ganja untuk mengurangkan ketagihan.

“Terdapat beberapa cadangan untuk kita perhalusi penggunaan ganja supaya dapat digunakan dengan beberapa peraturan. Tetapi secara peribadi, saya rasa kita tidak boleh mengikut penanda aras beberapa negara Eropah yang mengizinkan ganja untuk mengurangkan ketagihan.

“Saya tidak setuju kerana ganja melibatkan (menyebabkan) ketagihan berulang. Cadangan itu (penggunaan ganja) saya tidak berkenan (setuju),” katanya

Ahmad Zahid memberitahu, berdasarkan kajian, penggunaan ganja tidak mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah di negara-negara berkenaan.

“Malah, menyebabkan berlakunya ketagihan berulang dan penambahan penagih-penagih baharu. Kita ada Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya, kita akan runding bersama Pejabat Peguam Negara untuk melihat semula (akta berkenaan) berdasarkan maklum balas pelbagai pihak,” ujarnya.

Sumber : utusan.com.my   29 Februari 2016 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.








































#ganja

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya