#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

02 February 2016

Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina 2016

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 1 FEBRUARI : Musim perayaan merupakan waktu di mana berlakunya penambahan kenderaan serta meningkatnya kemalangan di jalanraya. Ini kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung mahupun bercuti bersama keluarga. 

Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Muda sekali lagi turut serta dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina 2016 di Terminal Bas Ekspres, Bangunan Ukir Square, Pusat Transformasi Bandar Sungai Petani, Kedah. 

Operasi ini bertujuan mengesan pemandu-pemandu bas ekspres mahupun bas tambahan yang akan memulakan perjalanan dari trminal bas ke destinasi yang ditetapkan. Banyak aspek diberi penumpuan disamping ujian saringan air kencing dijalankan seperti khidmat nasihat serta peringatan kepada pemandu-pemandu agar keselamatan penumpang perlu diberi keutamaan. 

Ops Bersepadu Khas Tahun Baru 2016 ini juga melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan( JPJ ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) serta Polis DiRaja Malaysia. 

Operasi ini akan berlangsung dari 1 Februari 2016 hingga 16 Februari 2016 sebagai langkah pencegahan agar kemalangan jiwa dapat dielakkan akibat kecuaian pemandu, ketidaksempurnaan kenderaan serta penggunaan dadah terlarang yang boleh menyebabkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini. 

Akibat penggunaan dadah terlarang ini bukan sahaja boleh menyebabkan diri terkorban namun nyawa penumpang serta pengguna jalanraya yang lain turut menerima kesan yang cukup mendalam. Pelbagai program pencegahan serta penguatkuasaan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa agar pengguna jalanraya sentiasa berada di dalam keadaan yang stabil dan bebas dadah semasa memandu di jalanraya.




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya