#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

12 February 2016

Penagih dadah golongan belia semakin ramai


KUANTAN: Jumlah golongan belia yang menghisap dadah berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat peningkatan sebanyak 804 orang tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Azizan Ariffin berkata penagih dadah dalam kumpulan umur 19 hingga 39 tahun direkodkan seramai 15,128 tahun lepas berbanding 14,324 pada 2014.

"Jumlah ini termasuk kes baharu dan kes berulang. Situasi ini membimbangkan kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Oleh itu, perlu ada satu formula terbaik untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah AADK Ekspedisi Membanteras Dadah peringkat negeri di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Azizan berkata jumlah penagih remaja berusia 13 tahun hingga 18 tahun juga meningkat tahun lepas iaitu 557 berbanding 544 pada tahun sebelumnya.

"Semakin ramai penagih muda sekarang ini. Kita memerlukan lebih banyak program kesedaran mengenai bahaya dadah di sekolah bagi memastikan mereka sedar dadah memang musuh nombor satu negara," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat 12 lokasi 'panas' yang dikenal pasti AADK sebagai kawasan penagihan dadah berisiko tinggi di Pahang termasuk di sekitar bandar Kuantan, pekan Rompin, bandar Pekan, Temerloh, Raub dan Bentong.

Katanya jumlah penagih dadah di Pahang turut merekodkan peningkatan apabila terdapat seramai 2,066 orang tahun lepas berbanding 1,903 pada 2014 iaitu meningkat sebanyak 163.

Sumber: astroawani
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya