#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 August 2016

Gabra diasak soalan AADK


Ampang: “Kami mahu cari Pokemon Go. Di sini banyak binatang Pokemon!,” itu alasan diberikan sekumpulan lapan remaja yang ditahan Agensi Antidadah (AADK) selepas didapati positif dadah jenis syabu dan ganja.

Semua remaja berusia 15 hingga 20 tahun itu diberkas kira-kira jam 2 pagi semalam, ketika sedang berkumpul di kawasan Taman Rekreasi Bukit Indah, di sini, dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun sebaik disergah AADK, kumpulan remaja itu terus membuang rokok di tangan selain ‘gugup’ apabila diajukan pelbagai soalan.

Salah seorang remaja berusia 16 tahun yang ditahan mengaku mula berjinak dengan dadah sejak seminggu lalu selepas berkenalan dengan seorang pengedar dadah menerusi aplikasi Wechat.

Katanya, selain membekalkan ganja kepadanya, pengedar dadah itu turut mengajar cara untuk menghisap dadah termasuk langkah demi langkah membuat ‘dapur’ ganja.

“Saya mengenalinya menerusi mesej dihantar melalui Wechat. Saya jadi teringin mencuba dadah selepas dia menceritakan ‘keseronokan’ menagih dadah.

“Lelaki itu kemudian turut mengajar saya kaedah menghisap ganja dan menghasilkan bong (alat memasak dadah),” katanya.

Remaja yang sudah tidak bersekolah sejak tahun lalu berkata, dia menagih dadah itu bersama rakan-rakannya dan tidak menyangka ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, ketika ditahan, kumpulan remaja itu cuba menipu kononnya sedang bermain permainan ‘Pokemon Go’.

Bagaimanapun pemeriksaan terhadap lapan remaja itu mendapati empat daripada mereka positif dadah.

“Mereka ditemui dalam keadaan mencurigakan di kawasan gelap di taman rekreasi berkenaan. 

Bagaimanapun pemeriksaan lanjut gagal menemui sebarang dadah di badan mereka.

“Semua yang gagal ujian air kencing itu dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut termasuk memanggil ibu bapa remaja itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro 17 Ogos 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya