#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

02 August 2016

Industri perikanan ‘lumpuh’ 
jika saringan air kencing dibuat

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan diakui berada pada tahap serius hinggakan jika kesemua mereka menjalani sa­ringan air kencing, industri perikanan akan ‘lumpuh’ kerana ramai yang perlu menjalani rawatan pemulihan.

Yang Dipertua Persatuan Me­ncegah Dadah Malaysia (Pema­dam), Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, ini terutama dalam kalangan nelayan laut dalam yang bergantung kepada dadah bagi membolehkan mereka bekerja untuk satu tempoh yang panjang.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu membuat sa­ringan air kencing kepada semua nelayan. Bagaimanapun, jika itu dilakukan, maka kita tidak akan makan ikan disebabkan tidak ada nelayan akan pergi ke laut (ditahan kerana positif dadah). 

“Malah, terdapat awak-awak yang bekerja dalam industri ini terikat dengan pengusaha bot laut dalam iaitu untuk mendapatkan dadah mereka terpaksa pergi ke laut dan ini merupakan langkah pengusaha untuk ‘mencengkam’ golongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pemadam, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dan Ahli Parlimen Kepong merangkap Ahli Majlis Pemadam, Dr. Tan Seng Giaw.

Sementara itu, mengulas me­ngenai cadangan penanaman da­un ketum untuk tujuan eksport, Mohd. Johari menyifatkan perkara itu tidak wajar kerana tiada kajian yang menunjukkan daun ketum baik untuk kesihatan.
Sehubungan itu, katanya, pi­haknya berharap Kementerian Ke­sihatan dapat menyegerakan pembentangan akta khusus ber­kaitan penyalahgunaan ketum di Dewan Rakyat bagi menangani isu tersebut.

“Sudah dua kali ‘akta ketum’ dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat dan kita berharap agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan pembentangan akta ini dalam sidang akan datang,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online 2 Ogos 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya