#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

18 August 2016

Ketua kampung dipecat jika gagal selesaikan masalah dadah

SELAMA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memberi amaran akan memecat ketua kampung yang didapati gagal menyelesaikan masalah dadah yang serius di kawasan mereka.

Katanya,  kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana pembasmian dadah merupakan agenda penting kerajaan dalam memastikan negeri Perak bebas daripada masalah dadah.

Menurut beliau,  dalam melaksanakan agenda pembasmian dadah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk menggunakan papan tanda yang dilengkapi  maklumat.

Ia bagi membolehkan  orang ramai menghubungi pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang kegiatan  penagihan dadah .

“(Mengenai) agenda pembasmian dadah ini, saya sudah sebut berkali-kali bahawa ia juga menjadi KPI kepada ketua-ketua kampung.

“Ketua-ketua kampung mesti memantau. Sekiranya saya dan juga kerajaan negeri mendapati  kes-kes berlaku dengan serius di sesebuah kampung tetapi tidak dilaporkan, maka ketua kampung berkenaan akan dipecat,” ujarnya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pekerti dan Mini Karnival Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sempena Program Permukiman Menteri Besar bagi kawasan Parlimen Larut  di Dewan Permai Felda Ijok, Kubu Gajah pada Rabu.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada tindakan memecat ketua kampung diambil dan beliau berharap ketua-ketua kampung ini sentiasa memberikan kerjasama dan maklum balas yang baik berhubung kegiatan penagihan dadah di kawasan mereka. 
 
Sumber : Astro Awani
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya