#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

19 October 2017

HAPPY?!

HAPPY?! 

Beberapa minggu lepas, penulis artikel ini telah dihubungi seorang rakan lama yang bertanyakan tentang ‘ubat sakit tekak’ atau sejenis candy yang dijumpai di poket seluar sekolah anaknya.

Related image 

Pil berbentuk bulat, berwarna pastel oren-merah jambu dengan bungkusan merah lutsinar di depan dan lapisan perak dibelakang. Ia kelihatan seperti bungkusan lozenge yang diambil untuk sakit tekak. Cuma pilnya lebih kecil.

Image result for erimin 5 

Beliau yang kebetulan mengalami sedikit inflamasi pada tekak kerana cuaca yang tidak menentu, tanpa berfikir panjang terus mengambil pil tersebut. Apabila diletakkan diatas lidah, ia terasa sedikit manis dengan perasa mint yang sangat lembut. Tidak seperti lozenge biasa yang mempunyai rasa mint yang kuat.

Related image 

Selepas 10 minit, kepala terasa amat berat. Badan terasa lemah. Silibus pengajaran yang sedang disiapkan di laptop tampak berbalam-balam. Langsung beliau tidak boleh berfikir dengan jelas. Malah, mahu mengeluarkan suara untuk meminta pertolongan dari isteri yang sedang tidur juga tidak dapat dilakukan. Beliau masih sedar, namun terasa berada diawang-awangan. Sangkanya, tekanan darah mencanak naik!

APAKAH SEBENARNYA PIL TERSEBUT?
Ia adalah Nimetazepam, sejenis dadah dalam kelas benzodiazepine yang mengakibatkan kesan hipnotik, sedatif (pemangkin tidur) dan digunakan juga sebagai perehat otot (muscle relaxant).


 

Nimetazepam sebenarnya adalah ubatan berdaftar yang digunakan secara klinikal untuk rawatan pesakit yang mempunyai masalah tidur (insomnia, selalu terjaga dengan tiba-tiba, keresahan) yang didaftarkan dengan nama komersil Erimin. Ia juga digunakan dalam rawatan epilepsy (sawan) apabila rawatan ubatan lain menemui kegagalan.

Image result for insomnia 

Namun, ubat ini seringkali dijual dalam pasaran gelap untuk kegunaan rekreasi dan terkenal sebagai ‘soft drug’ dalam kalangan pengguna dadah. Erimin digunakan sebagai ‘club drug’ dan diambil dengan alkohol. Seringkali ia diambil bersama dadah lain seperti ecstasy, methamphetamine dan benzodiazepine lain.

Related image 

Harganya yang murah berbanding dadah jalanan lain menyebabkan ia popular dikalangan kanak-kanak sekolah dan pelajar awal remaja (satu tab sepuluh pil cuma berharga sekitar RM15 – RM40 sahaja). Ia popular dengan nama ‘Happy’, ‘Five’, ‘Happy 5’.

Image result for erimin 5 

BAGAIMANA ERIMIN BERFUNGSI?
Seperti dadah benzodiazepine yang lain, Erimin juga bertindak keatas reseptor GABA di otak. Ia akan menambat pada reseptor GABAA dan menyebabkan neurotransmitter GABA menambat pada reseptor GABA dengan lebih efisyen.

Image result for benzodiazepines mechanism of action gaba 

Neurotransmitter GABA adalah neurotransmitter yang bersifat merencat sesetengah aktiviti neuron. Ia terlibat dalam aktiviti rangsangan tidur, merehatkan aktiviti otot, mengawal keresahan dan secara kesimpulannya melumpuhkan dan merehatkan fungsi otak (CNS). Benzodiazepine seperti Erimin akan meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA pada reseptor, seterusnya menggalakkan fungsi GABA tersebut.

APAKAH KESAN PENGAMBILAN ERIMIN
Seperti yang terlihat pada kes diatas, kesan pengambilan Erimin terlihat seperti:
  • Hilang kesedaran
  • Kekurangan fungsi kognitif dari segi mengambil keputusan, berfikir, hilang tumpuan
  • Kesukaran untuk mengawal fungsi tubuh, bercakap, bergerak
  • Kesukaran mengingat, pelupa
Image result for erimin 5 

Erimin juga mampu memberikan kesan ketagihan seperti dadah rekreasi lain. Ia juga mampu meningkatkan keadaan toleran (sentiasa mahu meningkatkan dos) dan beralih pada dadah yang lebih kuat kemudiannya.
Prihatin pada aktiviti anak-anak dan anggota keluarga. Selalu memberi perhatian pada mereka.

Sayangi diri dan keluarga. Jauhi dadah!

Sumber: Root Of Science

RUJUKAN
Monti JM. 2015. The Pharmacological Treatment of Sleep Disorders. A Comprehensive Guide to Its Development, Clinical Milestones, and Advances in Treatment. Springer New York. DOI: 10.1007/978-1-4939-2089-1_59
Han, W. W., Yakatan, G. J. and Maness, D. D. (1977), Kinetics and mechanisms of hydrolysis of 1, 4-benzodiazepines III: Nitrazepam. J. Pharm. Sci., 66: 795–798. doi:10.1002/jps.2600660613

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

18 October 2017

Coca, Cocaine, Crack

Coca, Cocaine, Crack

Cocaine dianggap dadah jalanan kelas pertama kerana harganya yang mahal dan menghasilkan akibat psikoaktif yang tinggi.Cocaine juga dianggap sebagai dadah yang lebih glamour kerana sering dikaitkan penggunaannya dengan selebriti-selebriti Hollywood. Ia juga digelar ‘the caviar of street drug’.

Cocaine dan kompaun terbitan dari cocaine telah digunakan secara meluas dalam perubatan untuk anaestetik contohnya lidocaine dan novocaine.

BAGAIMANA COCAINE BERTINDAK?

Cocaine meningkatkan paras dopamine di bahagian otak yang mengawal keseronokan. Kebiasaannya, neuron akan merembeskan dopamine sebagai respon kepada sesuatu yang kita ‘suka’, contohnya bau makanan kegemaran kita. Kita akan berasa suka dan puas.

Sepatutnya selepas beberapa waktu, paras dopamine akan kembali normal apabila dopamine diangkut masuk kembali kesel-sel neuron tadi.

Image result for cocaine mechanism of action

Cocaine menghalang dopamine diangkut kembali ke sel-sel neuron dan menyebabkan paras dopamine yang tinggi lebih lama dari normal.

Kebanjiran dopamine di celahan persimpangan neuron-neuron di otak ini akan menggagalkan fungsi normal otak dan menyebabkan keadaan ‘high’ seperti: perasaan kegembiraan yang melampau, hilang kesedaran pada persekitaran, keresahan, sensitif pada cahaya, bunyi dan sentuhan. Cocaine juga boleh mengakibatkan paranoia pada sesetengah pengguna.

GEJALA-GEJALA PENGAMBILAN COCAINE:
Saiz anak mata (pupil) yang mengembang
Muntah
Menggigil dan otot yang bergerak-gerak spontan (muscle twitching)
Peningkatan suhu tubuh
Peningkatan tekanan darah dan degupan jantung
Tidak boleh duduk diam dan mempunyai tenaga yang luar dari kebiasaan
Bercakap tanpa henti, bercakap dengan penuh kegembiraan yang melampau
Tahukah anda?
Kompaun terbitan cocaine telah digunakan dalam perubatan sebagai agen anestetik setempat contohnya lidocaine, procaine.
COCA, COCAINE DAN CRACK

Cocaine adalah alkaloid tropana dari pokok Erythroxylum coca – sejenis tumbuhan tempatan di Amerika Selatan. Sebenarnya, alkaloid cocaine pada daun coca adalah rendah, jadi mengunyah dan menjadikan daun coca sebagai teh tidak akan membuatkan anda ‘high’ (walaupun kesan setempat cocaine seperti kebas di bahagian mulut masih dapat dirasai).

Image result for coca
Tahukah anda?
Sehingga tahun 1880an Coca cola dikatakan mengandungi ekstrak daun dan biji coca.
Cocaine seringkali dilihat dalam bentuk serbuk putih (cocaine hydrochloride) yang boleh disedut menggunakan hidung atau dengan bantuan gulungan kertas (snuff / snorting). Nama jalanan: coke, snow, flake
Image result for snorting cocaine 

Cocaine juga kadangkala disapu kebahagian gusi dalam mulut untuk mendapatkan kesan kebas serta merta (gummies). Ini akan menyebabkan gusi dan gigi penagih ini mengalami kerosakan.

Image result for meth mouth jpg

Kadang-kala, cocaine juga diambil secara oral dengan ‘membungkus’ serbuk cocaine dalam bungkusan kecil kertas dan ditelan (parachute, snow ball).


Cocaine dalam bentuk seperti ini juga boleh dicampur dengan air dan diambil menggunakan jarum suntikan.

Image result for cocaine injections

Cocaine juga diperoleh dalam bentuk bongkah-bongkah kristal yang dipanggil ‘crack’. Cocaine seperti ini biasanya adalah campuran cocaine- soda bikarbonat- air.

Cocaine dalam bentuk ini juga dikenal sebagai ‘freebase’ kerana ia adalah cocaine yang bebas dari bentuk garamnya (serbuk cocaine adalah berbentuk cocaine hydrochloride). Cocaine jenis ini dikatakan memberi kesan yang lebih kuat dan menyebabkan ketagihan dalam masa yang singkat berbanding serbuk cocaine.

Related image

Penyediaan crack adalah untuk membolehkan cocaine diambil secara inhalasi – cocaine dipanaskan dan wap yang terbit disedut untuk mendapatkan kesan ‘high’.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBLAN COCAINE
Penggunaan cocaine telah dikaitkan dengan sifat keganasan dan tidak waras. Ia juga telah dibuktikan boleh mengakibatkan strok dan sawan kerana kerosakan salur darah dan sel-sel otak akibat apoptosis.

Related image

Selain kesan-kesan buruk cocaine terhadap otak, pengambilan cocaine melalui hidung dan secara oral mengakibatkan kerosakan pada organ-organ yang berkaitan. Cocaine mengakibatkan pengecutan salur darah, sekaligus mengakibatkan organ-organ kekurangan oksigen dan rosak. Pengguna cocaine seringkali mengalami ulser dan kebocoran saluran gastrointestinal.

Image result for cocaine addict nose

Cocaine juga mengakibatkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan degupan jantung. Ini akan mengakibatkan masalah kardiovaskular dalam jangka waktu panjang. Kerosakan ginjal juga sering berlaku pada pengguna tegar cocaine.

Walaupun penggunaan cocaine dikatakan sebagai afrodesiak yang akan meningkatkan nafsu seksual, realitinya cocaine mengakibatkan hilang fungsi seksual (unable to get it done).


Cocaine mengakibatkan kebergantungan dan ketagihan yang kuat. Penggunaannya juga mudah untuk menyebabkan toleran (perlu peningkatan dos pada pengambilan seterusnya untuk menghasilkan keadaan ‘high’ yang sama) kerana mekanisma cocaine yang memfokus pada bahagian keseronokan.


Ibu bapa dan ahli keluarga juga perlu cakna dan sentiasa prihatin dengan tingkah-laku pasangan, adik beradik dan anak-anak. Ramai yang menyedarinya setelah terlambat.

Sayangi diri anda, jauhi dadah.

Bagaimana mahu membantu atau mahu dibantu?
Boleh walk-in sukarela ke klinik -klinik Cure & Care 1Malaysia

Sumber:  Root Of Science

RUJUKAN
Nicolas C, Tauber C, Lepelletier FX, Chalon S, Belujon P, Galineau L, Solinas M. Longitudinal Changes in Brain Metabolic Activity after Withdrawal from Escalation of Cocaine Self-Administration. Neuropsychopharmacology: official publication of the American College of Neuropsychopharmacology. 2017 Sep;42(10):1981.
Grimm JW, Hope BT, Wise RA, Shaham Y. Incubation of cocaine craving after withdrawal. Nature. 2001 Jul 12;412(6843):141.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

17 October 2017

Ya ba… Ya ba!

                                 Ya ba… Ya ba! 



Ya ba atau lebih dikenali sebagai ‘pil kuda’ di negara ini adalah salah sejenis dadah yang terkenal di kalangan negara-negara asia seperti Thailand, Myanmar, Laos, Malaysia dan Indonesia. Seperti namanya, ia dahulu digunakan (dengan izin) sebagai pil penambah tenaga dan diberikan kepada kuda-kuda pengangkut barang di Thailand dan Burma.

APAKAH SEBENARNYA PIL KUDA INI?

Pil kuda yang juga terkenal di kalangan pemandu lori dan bas untuk tenaga yang berpanjangan dan tidak mengantuk ini sebenarnya adalah campuran dua bahan utama – methamphetamine dan caffeine.

                                        Image result for yaba

Kedua-duanya adalah dadah stimulan (perangsang) yang menyebabkan pengguna terasa seperti sangat peka dan dapat menumpukan perhatian. Ia juga dikatakan mampu memberikan kelebihan tenaga yang berpanjangan. Ada pengguna yang menceritakan beliau mampu untuk tidak tidur selama lebih tiga hari selepas mengambil beberapa biji pil kuda ini.



                                       Related image

Ia juga dikatakan menghilangkan rasa takut, letih, lapar dan dahaga pada penggunanya. Ada pengguna yang mengambilnya untuk tujuan menguruskan badan (benar juga, kerana beberapa jenis ubatan berasaskan meth / amphetamine pernah/ digunakan untuk menangani obesiti)

BAGAIMANA PIL KUDA DIAMBIL?

Ya ba telah sedia ada wujud dalam bentuk pil yang biasanya berwarna merah terang, oren atau hijau. Namun sebenarnya ia telah muncul dengan pelbagai warna pelangi yang menarik perhatian. Ia juga diberikan perisa vanilla, oren, beri, mangga yang diminati kanak-kanak.

                                   Related image

Di Thailand (malah mungkin juga di Malaysia), pil ini terkenal dkalangan para pelajar yang menggunakannya untuk tujuan rekreasi atau kononnya untuk menambah tumpuan pada pelajaran.

Ya ba juga boleh diambil dengan memanaskannya diatas api dan menghidu wap yang terhasil (chasing the dragon) untuk menghasilkan kesan high yang cepat.

                                       Related image

BAGAIMANA YA BA BERFUNGSI?
Seperti penggunaan methamphetamine, ia mengaruh perembesan neurotransmitter dopamine, serotonin dan norepinephrine dan mengaktifkan (hyperactivity) neuron-neuron otak. Ia juga mengaktifkan pengangkutan keluar (efflux) dan merencat pengangkutan kembali neurotransmitter tersebut dalam neuron. Ini menyebabkan seolah-olah kebanjiran neurotransmitter yang mengaktifkan neuron di otak.

KESAN PENGAMBILAN YA BA
Ia adalah dadah perangsang yang lebih poten dan memberikan kesan yang berpanjangan berbanding cocaine. Ini kerana cocaine lebih mudah dimetabolisma dan dikumuhkan berbanding methamphetamine. Ya ba boleh menyebabkan penggunanya mengalami:
  • Euphoria
  • Insomnia
  • Keresahan
  • Penurunan selera makan dan minum
  • “hot flash” di mana badan terasa panas secara berkala antara 30 saat – 10 minit lamanya bagi satu-satu masa, terutamnya di bahagian muka dan leher, diikuti dengan tompokan merah di dada, belakang dan lengan, kemudian diikuti dengan peluh yang banyak dan selepas itu baru badan menjadi sejuk.
  • Kekeringan mulut
  • Peningkatan tahap kepekaan, berjaga, tenaga
  • Peningkatan degupan jantung, tekanan darah, respirasi, suhu badan
  • Kerosakan pada salur darah kecil di otak
                                        Image result for yaba drug side effects

Kesan pada penggunaan kronik
  • Sering terketar-ketar
  • Hipertensi
  • Halusinasi
  • Mengalami episode psikosis
  • Delusi paranoid
  • Bersikap ganas
  • Kecelaruan otak dan emosi
  • Psikosis seperti pesakit skizofrenia
  • Penggunaan methamphetamine menyebabkan kemusnahan neuron-neuron dopamine. Jadi pengunaan berterusan akan mengakibatkan kesan seperti pesakit Parkinson

                                       Image result for yaba drug side effects

Pengambilan pil ini juga mengakibatkan ketagihan. Ia juga menghasilkan kesan toleran yang kuat (cuba sekali, perlu dos yang lebih tinggi pada lain kali),

Prihatin pada anak-anak dan keluarga. Sayangi diri, jauhi dadah!

Sumber: Root Of Science

RUJUKAN
Krasnova, I.N., Justinova, Z. & Cadet, J.L. Methamphetamine addiction: involvement of CREB and neuroinflammatory signaling pathways. Psychopharmacology (2016) 233: 1945. doi:10.1007/s00213-016-4235-8
Anjalee C, Crazy for Ya Ba: Methamphetamine use among northern Thai youth, International Journal of Drug Policy, Volume 25, Issue 4, July 2014, Pages 776-782, ISSN 0955-3959, http://dx.doi.org/10.1016/j.drugpo.2014.06.005.
Farrell, M., Marsden, J., Ali, R. and Ling, W. (2002), Methamphetamine: drug use and psychoses becomes a major public health issue in the Asia Pacific region. Addiction, 97: 771–772. doi:10.1046/j.1360-0443.2002.00195.x

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

16 October 2017

Ice, ice, baby…

                                    Ice, ice, baby…
Berikutan peristiwa kemalangan yang disebabkan pemanduan berbahaya seorang wanita yang dikatakan berada dibawah pengaruh dadah methamphetamine, mari kita sama-sama melihat kembali mengapa dadah jenis ini mampu menjadikan pertimbangan seseorang itu terjejas dan tidak mampu berfikir dengan rasional.

                                    Image result for Methamphetamine

Methamphetamine adalah dadah sintetik jenis perangsang. Dadah ini selalu dipanggil kimia (kerana ia sintetik dan tidak terdapat secara natural dari tumbuhan atau haiwan), ice / batu (kerana bentuknya seperti batuan kristal mungkin) atau speed.

                                      Image result for Methamphetamine

Amphetamine (sejenis dadah dalam kelas yang sama) telah disintesis oleh seorang saintis Romania di German pada tahun 1887. Sintesis methamphetamine telah dilakukan oleh Nagai Nagayoshi di Jepun dari kompaun ephedrine yang diperolehi dari tumbuhan Ma Huang kemudiannya pada 1893. Beberapa dekad kemudian, seorang lagi saintis Jepun Akira Ogata menemukan cara untuk menghasilkan crystal meth dari ephedrine dengan menggunakan red phosphorus dan iodine.

                                     Related image
Contoh meth lab

Dahulu, methamphetamine dihasilkan untuk diberikan pada askar di medan peperangan untuk meningkatkan kepekaan dan daya juang mereka. Dalam Perang Dunia ke II contohnya, pil Pervitin digunakan oleh pasukan dari Third Reich. Namun, ianya dihentikan apabila pengambilan pil tersebut menyebabkan sesetengah askar bertindak secara ganas dan luar kawalan terhadap orang awam dan rakan sepasukan mereka.

                                      Image result for Pervitin

Penggunaan methamphetamine juga menyebabkan penggunanya cenderung mengalami ketagihan dan menggalakkan penggunaan dadah ini secara compulsive. Ia juga mengakibatkan kebergantungan seseorang terhadap dadah ini dengan cepat.

Methamphetamine mampu menambat pada reseptor ‘trace-amine associated’ (TAAR1) yang berfungsi dalam regulasi adrenaline dan noradrenaline di otak. Kehadiran meth pada reseptor ini akan menyebabkan pengambilan semula neuropemancar adrenaline dan noradrenaline tidak berlaku. Malah tindak balas ini juga menjejaskan juga pengambilan semula neuropemancar dopamine dan serotonin. Jadi ia akan menyebabkan kebanjiran neuropemancar-neuropemancar pada ruang sinaps neuron di otak.

Bukan itu saja, methamphetamine juga mampu bertindak seperti adrenalin dan bertindak sebagai agonis terhadap reseptor alpha adrenergic yang meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung.
Pengambilan methamphetamine dalam dos yang rendah memberikan peningkatan mood yang baik, meningkatkan kepekaan dan konsentrasi (sebab itu ia banyak digunakan oleh pelajar dan pemain game (gamer yang memerlukan kepekaan dan konsentrasi sepanjang permainan), menurunkan nafsu makan dan membantu penurunan berat badan (menjawab persoalan mengapa model cantik ambil meth).

                                       Image result for methamphetamine effects

Jika diambil pada dos yang tinggi atau penggunaan yang kerap, penggunanya akan mengalami perubahan mood dan tindak tanduk yang tidak dapat dijangka (mood swing and unpredictable behaviour). Malah ia juga membangkitkan keinginan seks, delusi dan cenderung melakukan tidak balas keganasan.

                                     Image result for parkinson disease

Penggunaan methamphetamine dengan kronik menyebabkan kemusnahan sel-sel otak, terutamanya sel yang menghasilkan neuropemancar dopamine. Kebanjiran dopamine pada ruang antara sinaps neuron adalah toksik dan merosakkan neuron tersebut. Tidak hairanlah jika pengguna meth menghidap penyakit seperti Parkinson di akhir usia.

                                    

Ada juga kajian yang menunjukkan kerosakan neuron pada pengguna meth adalah disebabkan oleh kesan negative dari pengaktifan microglia. Sel ini berfungsi seperti sel fagosit yang akan membunuh bakteria dan memusnahkan bahan yang boleh mengganggu sel-sel di otak. Pengguna meth kebanyakannya menunjukkan sel-sel microglia ini lebih banyak dari normal. Ia dikatakan mampu menyerang neuuron-neuron yang sihat dan merosakkannya.

                               Related image

Pengguna tegar juga kebiasaanya mengalami kerosakan gusi dan kehilangan gigi yang teruk (digelar ‘meth mouth’). Keadaan ini berlaku tanpa mengira bagaimanakah methamphetamine diambil (pengambilan cocaine juga menyebabkan keadaan ini tetapi hanya jika diambil dengan mulut).

                                 Image result for methamphetamine mouth

Ada pelbagai lagi kesan buruk yang tidak dapat disenaraikan sepenuhnya disini. Kehilangan fungsi otak, hilang memori, fungsi kognitif, tekanan darah tinggi, gangguan pada degupan jantung dan pelbagai lagi. Jelas pengambilan methamphetamine ini tiada baiknya. Malah tabiat ini juga berupaya memusnahkan kehidupan orang lain…

Sayangi diri dan keluarga. Jauhi dadah!

Sumber: Root Of Science

RUJUKAN
Halpin LE, Collins SA, Yamamoto BK. Neurotoxicity of Methamphetamine and 3,4-methylenedioxymethamphetamine. Life sciences. 2014;97(1):37-44. doi:10.1016/j.lfs.2013.07.014.
Thomas DM, Francescutti-Verbeem DM, Kuhn DM. Methamphetamine-induced neurotoxicity and microglial activation are not mediated by fractalkine receptor signaling. Journal of neurochemistry. 2008;106(2):696-705. doi:10.1111/j.1471-4159.2008.05421.x.
Yu S, Zhu L, Shen Q, Bai X, and Di X, Recent Advances in Methamphetamine Neurotoxicity Mechanisms and Its Molecular Pathophysiology. Behavioural Neurology, vol. 2015, Article ID 103969, 11 pages, 2015. doi:10.1155/2015/103969


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

15 October 2017

Risalah Panduan Berguna Untuk Ibubapa









Muatturun Risalah Panduan Berguna Untuk Ibubapa dalam bentuk fail PDF di sini:  
KLIK Panduan Berguna Untuk Ibubapa

 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Ada Dadah yang Menyebabkan Anda Bertukar Menjadi ZOMBIE?

                                             Ada Dadah yang Menyebabkan Anda Bertukar Menjadi ZOMBIE?



                                 Sila lihat video ini. Inilah kesan Flakka. Hingga menjadikan anda seorang ZOMBIE

       


Tahun lepas, jika anda mengikuti berita-berita semasa dunia, anda pasti terbaca tentang dua atau tiga kes kes pembunuhan yang melibatkan aktiviti kanibalistik – pembunuhnya merobek, mengoyak dan mengunyah bahagian tubuh mangsa. Menariknya, pembunuhan ini dikaitkan dengan pengambilan dadah ‘Flakka’.

                                                      Image result for flakka

FLAKKA, DESIGNER DRUG
Ya, bukan beg bimbit DS Vida, baju Rizalman. jubah Imam Muda, tudung Neelofar saja mempunyai taraf ‘designer’. Sesetengah dadah juga dikelaskan dalam kategori ‘designer drug’. Dadah jenis ini biasanya adalah kumpulan dadah sintetik yang disintesis dalam makmal.

                                                      Image result for flakka designer drug

Kebanyakan kompaun ini agak berbeza dari kumpulan dadah yang sedia ada diwartakan haram (illegal drug). Jadi, ia jarang dapat dikesan melalui teknik pengesanan dadah yang biasa. Namun, ia menghasilkan kesan stimulan atau psikoaktif yang mirip kompaun dadah yang telah diharamkan tersebut.

                                                                Alpha-Pyrrolidinopentiophenone.svg
                             α-pyrrolidinopentiophenone (α-PVP)

Flakka contohnya, adalah kompaun sintetik α-pyrrolidinopentiophenone (α-PVP). Ia mirip atau dikatakan terbitan dari kompaun cathinone, sejenis kompaun alkaloid yang didapati dari pokok khat (Catha edulis). Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu para immigran dari timur tengah dan afrika gemar mengunyah sejenis daun yang dipanngil daun Qot / khat yang mengkhayalkan.

                                                                 Related image

Flakka dijual dalam bentuk serbuk kristal seperti dadah kelompok ‘bath salt’ yang lain. Bath salt ini bukan jenis garam mandian yang digunakan untuk mandi seperti garam Epsom, ia dipanggil sedemikian kerana rupanya yang mirip garam mandian tersebut. Ia juga selalunya dijual dalam bekas seperti garam mandian biasa untuk mengaburi mata undang-undang. Kerana bentuknya juga, Flakka kadang-kala digelar dengan nama ‘Gravel’.


BAGAIMANA FLAKKA BERTINDAK?

Tidak banyak yang diketahui tentang Flakka kerana ianya baru popular dipasarkan sejak beberapa tahun lepas. Flakka dikatakan bertindak sebagai perencat pengangkutan semula neurotransmitter norepinephrine-dopamine ke dalam neuron. Pengambilan kompaun ini menyebabkan halusinasi dan psikosis yang berpanjangan. Ia juga dilaporkan mampu mencetuskan euphoria, paranoia dan delusi. Kebanyakan penggunanya terlihat mempunyai kekuatan yang luar dari kebiasaan.

Walaupun terdapat beberapa kes pembunuhan kanibalistik yang dikaitkan dengan penggunaan Flakka, sehingga ia terkenal sebagai ‘zombie drug’, untuk mengatakan dadah ini mencetuskan fenomena zombie secara langsung adalah tidak tepat.

                                                     Image result for flakka

Seperti yang telah dijelaskan di atas, pengambilan Flakka menyebabkan penggunanya berhalusinasi, paranoid dan dalam keadaan delusi. Gabungan kesan ini kadang-kala mencetuskan perlakuan ganas yang tidak masuk akal – sama seperti penggunaan dadah berbahaya lain. Cuma kesan Flakka adalah lebih cepat, sangat mendalam dan berpanjangan.

                                                          Image result for flakka
Flakka yang dibentuk seperti gula-gula gummies

Ada pengguna yang dilaporkan membuat perlakuan seksual dengan pokok yang dilihat sebagai perempuan cantik. Ada pengguna Flakka yang menyatakan beliau merasa sakit kepala dan ketakutan yang teramat sangat dan curiga ada seseorang yang mahu membunuhnya. Dikatakan, dalam kebanyakan kes yang dilaporkan, pengguna yang mengalami kesan Flakka ini perlu diberikan sedatif dan memerlukan beberapa orang responder untuk menenangkan mereka. Kalau tipikal orang Malaysia, seperti kerasukan jin lah katanya!

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada dadah Flakka ini telah sampai ke tanah air kita atau belum. Namun, artikel ini ditulis bagi menjawab tanggapan umum yang zombie apokalips akan menjelma dengan kehadiran dadah ini.

Sorry brader… teruskan anganmu. Namun, cita-citamu untuk menjadi hero seperti dalam Train to Busan atau Zombie Kampong Pisang itu masih agak jauh lagi!

Sayang diri dan keluarga. Jauhi dadah!

Sumber: Root Of Science


RUJUKAN
Katselou, M., Papoutsis, I., Nikolaou, P. et al. Forensic Toxicol (2016) 34: 41. doi:10.1007/s11419-015-0298-1
Craig Crespi, “Flakka-Induced Prolonged Psychosis,” Case Reports in Psychiatry, vol. 2016, Article ID 3460849, 2016. doi:10.1155/2016/3460849

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya