#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

15 October 2017

Ada Dadah yang Menyebabkan Anda Bertukar Menjadi ZOMBIE?

                                             Ada Dadah yang Menyebabkan Anda Bertukar Menjadi ZOMBIE?



                                 Sila lihat video ini. Inilah kesan Flakka. Hingga menjadikan anda seorang ZOMBIE

       


Tahun lepas, jika anda mengikuti berita-berita semasa dunia, anda pasti terbaca tentang dua atau tiga kes kes pembunuhan yang melibatkan aktiviti kanibalistik – pembunuhnya merobek, mengoyak dan mengunyah bahagian tubuh mangsa. Menariknya, pembunuhan ini dikaitkan dengan pengambilan dadah ‘Flakka’.

                                                      Image result for flakka

FLAKKA, DESIGNER DRUG
Ya, bukan beg bimbit DS Vida, baju Rizalman. jubah Imam Muda, tudung Neelofar saja mempunyai taraf ‘designer’. Sesetengah dadah juga dikelaskan dalam kategori ‘designer drug’. Dadah jenis ini biasanya adalah kumpulan dadah sintetik yang disintesis dalam makmal.

                                                      Image result for flakka designer drug

Kebanyakan kompaun ini agak berbeza dari kumpulan dadah yang sedia ada diwartakan haram (illegal drug). Jadi, ia jarang dapat dikesan melalui teknik pengesanan dadah yang biasa. Namun, ia menghasilkan kesan stimulan atau psikoaktif yang mirip kompaun dadah yang telah diharamkan tersebut.

                                                                Alpha-Pyrrolidinopentiophenone.svg
                             α-pyrrolidinopentiophenone (α-PVP)

Flakka contohnya, adalah kompaun sintetik α-pyrrolidinopentiophenone (α-PVP). Ia mirip atau dikatakan terbitan dari kompaun cathinone, sejenis kompaun alkaloid yang didapati dari pokok khat (Catha edulis). Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu para immigran dari timur tengah dan afrika gemar mengunyah sejenis daun yang dipanngil daun Qot / khat yang mengkhayalkan.

                                                                 Related image

Flakka dijual dalam bentuk serbuk kristal seperti dadah kelompok ‘bath salt’ yang lain. Bath salt ini bukan jenis garam mandian yang digunakan untuk mandi seperti garam Epsom, ia dipanggil sedemikian kerana rupanya yang mirip garam mandian tersebut. Ia juga selalunya dijual dalam bekas seperti garam mandian biasa untuk mengaburi mata undang-undang. Kerana bentuknya juga, Flakka kadang-kala digelar dengan nama ‘Gravel’.


BAGAIMANA FLAKKA BERTINDAK?

Tidak banyak yang diketahui tentang Flakka kerana ianya baru popular dipasarkan sejak beberapa tahun lepas. Flakka dikatakan bertindak sebagai perencat pengangkutan semula neurotransmitter norepinephrine-dopamine ke dalam neuron. Pengambilan kompaun ini menyebabkan halusinasi dan psikosis yang berpanjangan. Ia juga dilaporkan mampu mencetuskan euphoria, paranoia dan delusi. Kebanyakan penggunanya terlihat mempunyai kekuatan yang luar dari kebiasaan.

Walaupun terdapat beberapa kes pembunuhan kanibalistik yang dikaitkan dengan penggunaan Flakka, sehingga ia terkenal sebagai ‘zombie drug’, untuk mengatakan dadah ini mencetuskan fenomena zombie secara langsung adalah tidak tepat.

                                                     Image result for flakka

Seperti yang telah dijelaskan di atas, pengambilan Flakka menyebabkan penggunanya berhalusinasi, paranoid dan dalam keadaan delusi. Gabungan kesan ini kadang-kala mencetuskan perlakuan ganas yang tidak masuk akal – sama seperti penggunaan dadah berbahaya lain. Cuma kesan Flakka adalah lebih cepat, sangat mendalam dan berpanjangan.

                                                          Image result for flakka
Flakka yang dibentuk seperti gula-gula gummies

Ada pengguna yang dilaporkan membuat perlakuan seksual dengan pokok yang dilihat sebagai perempuan cantik. Ada pengguna Flakka yang menyatakan beliau merasa sakit kepala dan ketakutan yang teramat sangat dan curiga ada seseorang yang mahu membunuhnya. Dikatakan, dalam kebanyakan kes yang dilaporkan, pengguna yang mengalami kesan Flakka ini perlu diberikan sedatif dan memerlukan beberapa orang responder untuk menenangkan mereka. Kalau tipikal orang Malaysia, seperti kerasukan jin lah katanya!

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada dadah Flakka ini telah sampai ke tanah air kita atau belum. Namun, artikel ini ditulis bagi menjawab tanggapan umum yang zombie apokalips akan menjelma dengan kehadiran dadah ini.

Sorry brader… teruskan anganmu. Namun, cita-citamu untuk menjadi hero seperti dalam Train to Busan atau Zombie Kampong Pisang itu masih agak jauh lagi!

Sayang diri dan keluarga. Jauhi dadah!

Sumber: Root Of Science


RUJUKAN
Katselou, M., Papoutsis, I., Nikolaou, P. et al. Forensic Toxicol (2016) 34: 41. doi:10.1007/s11419-015-0298-1
Craig Crespi, “Flakka-Induced Prolonged Psychosis,” Case Reports in Psychiatry, vol. 2016, Article ID 3460849, 2016. doi:10.1155/2016/3460849

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya