#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 October 2017

Ganja Boleh Rawat Kanser?


"Saya telah didiagnos dengan penyakit kanser paru-paru. Doktor telah menyarankan agar saya menjalani rawatan kemoterapi. Namun begitu, saya dinasihatkan oleh kawan saya untuk mencuba rawatan dengan ganja. Kata beliau, ganja telah terbukti boleh merawat kanser. Bolehkah saya cuba merawat penyakit saya menggunakan ganja?"

Kanser adalah salah satu penyakit penyebab tertinggi kematian di serata dunia. Jumlah pesakit kanser didapati meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini telah dikaitkan dengan pelbagai faktor persekitaran dan gaya hidup seperti merokok, diet dan juga pencemaran.

Kanser boleh terjadi di hampir semua sel di dalam tubuh manusia. Pada waktu normal, sel-sel di dalam badan manusia akan bertambah dan berpecah kepada sel-sel baru apabila badan memerlukannya. Apabila sel semakin tua atau cedera, ia akan mati dan digantikan dengan sel-sel yang baru.

Apabila kanser berlaku, proses ini akan menjadi tidak normal. Sel-sel yang tua atau cedera terus hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Sel-sel baru pula terus dihasilkan walaupun tidak diperlukan. Penghasilan ribuan sel baru ini akhirnya akan menyebabkan ketumbuhan yang dipanggil juga sebagai tumor.

Terdapat lebih 100 jenis kanser yang telah dijumpai. Jenis-jenis kanser ini biasanya dinamakan dengan organ atau tisu tempat ia bermula. Contohnya kanser paru-paru dan kanser otak. Ia juga kadangkala dinamakan kepada jenis sel yang membentuk kanser.

Oleh kerana terdapat banyak jenis kanser, ia memerlukan rawatan yang berbeza-beza. Tiada satu ubat pun yang pernah dibuktikan berupaya untuk merawat semua jenis kanser. Rawatan kemoterapi sendiri terdiri dari pelbagai jenis ubat dan rejim yang berbeza bagi setiap jenis kanser.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati apabila seseorang mengeluarkan pernyataan yang sesuatu produk boleh merawat semua jenis kanser, tanpa mengira jenis dan tahap. Ketiadaan bukti saintifik dari mana-mana kajian menunjukkan kemungkinan ia hanyalah satu bentuk salah faham atau lebih teruk lagi, satu penipuan.

Ganja atau marijuana adalah sejenis tumbuhan yang dikatakan banyak mempunyai fungsi perubatan dan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Terdapat banyak kajian yang dijalankan dan hasil-hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal antarabangsa.

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan keputusan yang bercanggah di antara satu kajian dengan kajian yang lain. Namun begitu, segelintir pihak telah mengambil kesempatan dengan hanya memilih kajian yang mempunyai keputusan seperti yang mereka harapkan dan disebarkan dengan meluas.

Sikap begini merupakan satu yang tidak beretika kerana ia tidak mencerminkan ketelusan dunia kajian saintifik yang sepatutnya dinilai dari semua sudut secara kritis dan tidak berat sebelah.

Setakat hari ini, penggunaan ganja dalam rawatan kanser yang mempunyai bukti yang agak kukuh adalah sekadar untuk mengurangkan loya dan muntah. Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi biasanya akan mengalami loya dan muntah yang teruk akibat dari kesan sampingan rawatan.

Penggunaan ganja untuk tujuan ini dilakukan dengan dua cara, samada melalui mulut (oral) ataupun menyedut asap ganja. Ia bergantung kepada prosedur pusat rawatan dan juga undang-undang di sesebuah negara.

Terdapat tiga ujian klinikal berbeza yang telah dijalankan berkaitan penggunaan ganja untuk tujuan ini. Satu kajian menunjukkan hasil yang positif positif, satu menunjukkan tiada perbezaan di antara penggunaan ganja atau plasebo manakala satu lagi kajian tidak dapat memberikan rumusan yang lengkap.

Sesetengah pesakit memilih untuk menyedut asap ganja berbanding secara oral kerana beranggapan ia akan memberikan kesan yang lebih cepat. Namun begitu, kesan pengambilan melalui sedutan dan oral sebenarnya adalah sama sahaja untuk mengawal rasa loya dan muntah.

Oleh itu, tiada alasan untuk pihak yang cuba menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia untuk terus mempromosikan penggunaan daun ganja. Lebih-lebih lagi penggunaan ganja secara sedutan juga menyebabkan rasa khayal, keresahan, kesan psikotik akut dan tekanan darah rendah.

Selain itu, kajian terbaharu juga berupaya mengekstrak bahan aktif yang tiada kesan psikoaktif dan didapati sangat berkesan untuk merawat rasa loya dan muntah. Pesakit-pesakit yang terlibat dalam ujian klinikal itu sendiri ada yang menolak penggunaan ganja secara sedutan kerana tidak suka dengan kesan psikoaktif ganja.

Kajian juga telah dijalankan untuk membuktikan yang ganja berpotensi untuk digunakan sebagai rawatan anti kanser. Kajian yang dijalankan setakat ini adalah pada peringkat pra klinikal ke atas sel haiwan dan juga sel manusia.

Buat masa ini, kajian yang dijalankan memberi keputusan yang tidak konsisten dan berbeza-beza. Ini menyebabkan kajian ke atas manusia masih belum dapat dijalankan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat.

THC, sejenis bahan aktif dalam ganja didapati berupaya merangsang atau merencat pertumbuhan sel kanser. Ini menunjukkan ia boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Kajian kecil ke atas 9 orang pesakit kanser glioblastoma juga menunjukkan THC tidak berupaya menyembuh atau memanjangkan jangka hayat pesakit-pesakit tersebut.

Oleh yang demikian, pada masa ini, ganja masih belum dapat dibuktikan boleh merawat apa-apa jenis kanser secara kukuh. Cerita-cerita yang didendangkan hanya bersifat testimoni yang tidak boleh dibuktikan.

Dapatkanlah rawatan dari mereka yang benar-benar pakar dan menggunakan rawatan yang telah dikaji keberkesanan dan keselamatannya.

Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fb.com/fahmiabad
fahmihassan.net


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya