#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

03 October 2017

MEDICAL MARIJUANA




Majoriti negeri di Amerika Syarikat sudah pun meluluskan penggunaan 'Medical Marijuana' untuk tujuan perubatan. Pesakit perlu mendapat pemeriksaan dari doktor. Mereka yang layak akan memperolehi kad khas untuk membeli 'medical marijuana' dari penjual-penjual sah.

Jenis penyakit yang dibenarkan untuk dirawat dengan marijuana pula berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang membenarkan penggunaan marijuana dengan menyedutnya dan ada pula yang hanya membenarkan penggunaan ekstrak nya sahaja.

Pejuang-pejuang legalisasi ganja di Malaysia yang berkiblatkan Amerika Syarikat sering mengangkat inisatif ini sebagai satu perubahan yang telah mengubah status kesihatan rakyat di sana.

Namun begitu, kesan meluluskan penggunaan medical marijuana ini tidaklah semanis apa yang diteriakkan oleh golongan ini.

Kadar insiden beberapa jenis kanser seperti kanser testikular, servik, prostat, mulut dan beberapa jenis kanser lagi didapati meningkat di kalangan pengguna ganja.

Kelulusan penggunaan medical marijuana ini juga telah menyebabkan penggunaan ganja secara salah turut meningkat. Banyak pihak mengambil kesempatan di atas kelonggaran undang-undang ini untuk menggunakan ganja bukan untuk tujuan perubatan.

Terdapat juga data yang menunjukkan peningkatan penggunaan ganja yang menyebabkan masalah kesihatan yang lebih teruk terhadap penggunanya.

Kajian menunjukkan dengan kelonggaran ini dianggarkan seramai 1 juta rakyat US akan menggunakan ganja dan 500,000 akan mempunyai masalah berkaitan penggunaan ganja dalam masa terdekat.

Satu kajian lagi menunjukkan kebanyakan pesakit yang mempunyai kad sah untuk membeli marijuana sebenarnya telah pun mula menggunakan ganja seawal sebelum berumur 25 tahun lagi. Ini menunjukkan mereka telah pun menggunakan ganja sebelum mereka sakit.

Pesakit yang mempunyai kad tersebut juga didapati menyalahguna kad mereka dengan menjual atau berkongsi ganja dengan orang lain dengan tujuan rekreasi.

Selain itu, kes keracunan ganja ke atas kanak-kanak juga meningkat setelah penggunaannya diluluskan. Kebanyakan kes ini terjadi akibat mereka mengambil makanan yang mengandungi ganja yang terdapat di rumah mereka.

Penggunaan 'medical marijuana' tidaklah semudah dan seindah yang sering dicanangkan oleh sesetengah golongan. Kekurangan bukti keberkesanan berserta peningkatan kes keracunan dan gejala sosial perlu dipandang serius demi kesejahteraan masyarakat umum.

Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fb.com/fahmiabad
fahmihassan.net

http://jamanetwork.com/…/jamapsych…/article-abstract/2619522
http://www.who.int/…/controlled-sub…/6_2_cannabis_update.pdf
http://jamanetwork.com/…/jamapsych…/article-abstract/2619521
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25375878

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya