#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 October 2017

UBAT, DADAH atau RACUN?


“Jangan makan ubat tu! Ada dadah.”

“Produk kosmetik tu dah kena rampas, ada racun berjadual.”

“Kalau ada racun, kenapa boleh jual di farmasi?”

Keliru kan?

Saya pasti apabila tuan-puan sering membaca artikel atau berita berkaitan ubat dan produk kesihatan, pernyataan atau soalan-soalan seperti ini pasti bermain di fikiran.

Penggunaan terma UBAT, DADAH dan RACUN sememangnya boleh mendatangkan sedikit kekeliruan terutamanya kepada orang awam.

Mengikut definasi umum, UBAT adalah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit.

DADAH pula adalah bahan yang disalahgunakan untuk menyebabkan ketagihan.

Manakala RACUN adalah bahan yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Namun begitu, dalam bidang perubatan, terma-terma ini membawa maksud yang sedikit berbeza.

UBAT (medicine) adalah bahan yang digunakan mencegah, merawat dan mendiagnos sesuatu penyakit. Dalam bahasa Inggeris, terma ‘PHARMACEUTICAL DRUG’ (dadah farmaseutikal) atau ‘DRUG’ (dadah) juga digunapakai untuk membawa maksud ‘MEDICINE’.

Oleh sebab itu, apabila sesuatu rujukan berbahasa Inggeris dibaca, kebiasaannya perkataan ‘DRUG’ akan digunakan untuk membawa maksud ubat.

Jelas?

Maksudnya, ‘DRUG’ di dalam sesuatu artikel perubatan berkemungkinan besar tidak membawa maksud DADAH seperti yang kita fahami. Ia bukanlah sesuatu yang menyebabkan penyalahgunaan dan ketagihan.

Jadi sekiranya tuan-puan dengar pernyataan yang mengatakan ubat hospital adalah dadah, ia menunjukkan yang pernyataan tersebut dilakukan oleh orang yang tidak dapat memahami terma asas perubatan.

Bagaimana pula dengan RACUN?

POSION atau RACUN pula juga membawa beberapa maksud. RACUN boleh membawa maksud sesuatu bahan yang boleh mengganggu fungsi badan sehingga menyebabkan kemudaratan. Namun begitu, harus diingat, bagi sesetengah keadaan, kesan RACUN tersebut mungkin boleh merawat sesuatu penyakit.

Paracelcus (1492-1541) telah menyatakan:

“All things are poisons, for there is nothing without poisonous qualities. It is only the dose which makes a thing poison.”

Ia membawa maksud bahawa semua bahan di dalam dunia ini berupaya menjadi RACUN. Apa yang membezakan UBAT atau RACUN adalah DOSnya.

Oleh sebab itu, tidak kira ubat dari sumber natural atau sintetik, amatlah penting untuk kita tahu DOS yang membuat ia berkesan atau berbahaya.

Bagaimana pula dengan RACUN BERJADUAL?

Ia pula adalah terma undang-undang bagi bahan yang tersenarai di dalam Akta Racun 1952. Bahan-bahan yang tersenarai di dalam akta tersebut tidak boleh disimpan selain di Klinik, Hospital dan Farmasi untuk mengelakkan penyalahgunaan.

Faham tak? Haha. Mesti bertambah pening.

Tak mengapa. Secara rumusannya, terma DADAH, RACUN dan UBAT mungkin membawa maksud yang sama, dan boleh juga membawa maksud yang berbeza. Apa yang penting, pernyataan yang anda baca dirujuk kepada mereka yang betul-betul memahami ilmu farmakologi.


Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fb.com/fahmiabad
fahmihassan.net


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya